10.1 KONSEP DAN PENGERTIAN KURIKULUM BILIK DARJAH
Definisi:
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya dan kepimpinan seorang guru serta kejayaan pelajar. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam bilik darjah. Manakala, kepimpinan guru dalam kurikulum bilik darjah dianggap sebagai himpunan kemahiran seseorang guru yang selain daripada mengajar mempunyai pengaruh yang diperluaskn ke luar bilik darjahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan murid-murid bagi meningkatkan prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula tuntutan masyarakat memaksa para guru sebagai pemimpin untuk melakukan pelbagai strategi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Fokus utama yang perlu dititikberatkan ialah dari segi pengurusan kurikulum. Dalam konteks kepimpinan guru, guru merupakan individu dalam sesebuah organisasi sekolah yang harus mempengaruhi pelajarnya.
Konsep Kepimpinan:
๐Pemimpin
๐Pentadbir
๐Pengurus
- Pengertian
Kepimpinan:
๐Hemhill & Coon (1957)
- Kepimpinan adalah sikap individu yang memimpin
berbagai kegiatan kelompok terhadap tujuan yang akan dicapai bersama-sama.
๐Black (1961)
Kepimpinan adalah kemampuan yang mampu meyakinkan orang lain yang
bersedia bekerja di bawah arahannya dalam satu pasukan untuk mencapai tujuan
tertentu.
๐Wahjosumidjo (1987)
Kepimpinan pada hakikatnya adalah suatu yang melekat pada diri
seorang pemimpin yang barupa sifat-sifat tertentu seperti keperibadian,
kemampuan dan kesanggupan. Kepimpin adalah proses interaksi antara pemimpin,
pengikut dan situasi.
Pengertian Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah:
๐Wilcox (2005)
Terdapat kepelbagaian kepimpinan yang boleh diwujudkan di dalam
bilik darjah iaitu pemimpin pertama guru kelas atau guru subjek dan yang kedua
yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam kelas ataupun
tidak.
๐Katzenmeyer & Moller (2009)
Kepimpinan guru sebagai pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah
yang mengenal pasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin,
mempengaruhi orang lain untuk meningkatkan amalan pendidikan dan menerima
tanggungjawab sebagai pemimpin untuk mencapai kejayaan.
๐Rahmad Sukor Ab. Samad & Shahriri Jamaluddin (2005)
Pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang akan
mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.
๐Hook & Vass (2000)
- Kepimpinan bilik darjah adalah kemahiran guru dalam
menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya dan berkomunikasi dengan yang
lain di dalam bilik darjah. Ianya juga adalah kebolehan guru untuk menyampaikan
visi kepada murid-murid dan meyakinkan mereka.
๐Fenstermacher & Soltis (1998)
Penyelidik menyenaraikan 3 pendekatan kepimpinan bilik darjah yang
berkesan iaitu:
ยท โคPendekatan Eksekutif
ยท โคPendekatan Empati
ยท โคPendekatan Liberal
Kepimpinan kurikulum bilik darjah memperlihatkan kemampuan guru
dalam mengurus, mentadbir dan mengawal selia kurikulum semasa perlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran. Penerimaan murid terhadap pengajaran juga
menentukan prestasi seseorang guru itu dalam menjadi pemimpin di dalam bilik
darjahnya.
No comments:
Post a Comment