10.5 KEPENTINGAN DAN CABARAN KKBD.
Kepentingan dan cabaran KKBD
terbahagi kepada enam iaitu diri, pelajar, persekitaran bilik darjah,
pesekitaran sekolah, kurikulum dan matlamat pendidikan.
1) DIRI
Cabaran
Sikap
guru: interaksi yang kurang dan sikap guru yang mengasingkan diri daripada
rakan sekerja merupakan masalah yang cukup besar dan utama dalam melahirkan
guru yang berkepimpinan.
Kepentingan
๐Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar
dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
๐Tanggungjawab dan kewajipan menyediakan pengajaran
dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.
๐Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keprihatinan serta kasih sayang yang penuh.
2) MURID
Cabaran
Murid tidak menguasai 3M. Hal ini dipengaruhi oleh:
๐Sosio
budaya
๐Pelbagai
latar belakang
Kepentingan:
๐Lebih
mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid.
๐Bersikap
adil terhadap semua orang pelajar.
๐Merahsiakan
semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak
mengetahuinya.
๐Menunjukkan
suatu cara pakaian,pertuturan dan tingkahlaku yang baik.
๐Memelihara
dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,lawatan, dan menghadiri
kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.
3) PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Cabaran
Keadaan fizikal bilik darjah di mana saiz kelas yang terhad dan
kemudahan yang tidak mencukupi
Kepentingan:
๐Prasarana
bilik darjah yang baik memberi keselesaan kepada murid untuk meneruskan PDPC.
๐Kekurangan
sumber fizikal akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
kepimpinan berkesan tidak dapat diimplementasikan.
4) PERSEKITARAN SEKOLAH
Cabaran
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran menjadi cabaran dalam
pelaksanaan Pendidikan yang berkesan.
๐Berlaku
tidak sepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen.
๐Guru
bukan opsyen mengajar matapelajaran kritikal.
๐Kekurangan
pengalaman dan pengetahuan menyebabkan kewibawaan guru mudah dipertikaikan.
Kepentingan:
Sekolah perlu menyediakan pelbagai latihan agar kekurangan seperti
guna tenaga yang mencukupi dan kemahiran dapat dilahirkan agar pengajaran dan
pembelajaran berkesan dan keterampilan guru sebagai pemimipin dapat
ditonjolkan.
5) KURIKULUM
Cabaran
Guru perlu mengubah kaedah tradisional kepada kaedah pembelajaran
yang proaktif yang bersesuaian dengan transformasi kurikulum sekolah yang
dilakukan
Kepentingan:
๐Kurikulum
bersifat dinamik dan relevan ikut perkembangan masa.
๐KBSR
dikaji semula untuk pastikan kurikulum yang holistic, tidak terlalu akademik
dan membebankan.
๐KBSR
diganti dengan KSSRB (2010).
๐Transformasi
kurikulum ialah proses perubahan yang holistik berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan perubahan
kepada aspek asas.
๐Kurikulum
iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, penaksiran, bahan
kurikulum dan pengurusan sekolah.
6) MATLAMAT PENDIDIKAN
Cabaran
Falsafah dan misi kurang difahami dan kurang dihayati.
Kepentingan:
Falsafah Pendidikan dapat dicapai sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dilakukan.
No comments:
Post a Comment