WELCOME TO BLOG 3gadis belajar .blogspot.com

SNOW BALL

10.2 BENTUK KEPIMPINAN GURU DALAM KKBD.

 10.2 BENTUK KEPIMPINAN GURU DALAM KKBD.

Bentuk kepimpinan guru terbahagi 3 iaitu kepimpinan transformasi, kepimpinan kurikulum dan kepimpinan pengajaran. Penjelasan lebih jelas seperti dibawah:

 

KEPIMPINAN TRANSFORMASI:

๐Ÿ’ŽMotivasi berinspirasi. Guru mencetuskan inspirasi kepada murid sama ada melalui perbuatan atau kata dan membimbing mereka.

๐Ÿ’ŽMembina rangsangan intelektual. Guru menggalakkan murid untuk berfikir diluar kebiasaan dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif dan meneroka idea yang baru.

๐Ÿ’ŽMemupuk pengaruh yang ideal. Guru memperlihatkan diri sebagai contoh bagi menggerakkan kemajuan individu supaya lebih baik.

๐Ÿ’ŽBerfikiran terbuka. Belajar sepanjang hayat dengan menilai kesalahan sendiri dan orang lain sebagai peluang pembelajaran.

 

KEPIMPINAN KURIKULUM:

๐Ÿ’–Kebolehan menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

๐Ÿ’–Keupayaan merancang pengajaran secara berkesan untuk membina Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

๐Ÿ’–Mewujudkan suasana yang kondusif dan terbaik untuk pembelajaran.

๐Ÿ’–Mengamalkan konsep fleksibiliti dalam perlaksanaan tugas guru.

๐Ÿ’–Mewujudkan budaya sepasukan dan perkongsian ilmu, nilai dan matlamat dalam pengajaran.

 

KEPIMPINAN PENGAJARAN:

๐ŸŒธKemahiran guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.

๐ŸŒธBerkebolehan mengamalkan pengajaran secara reflektif.

๐ŸŒธMenggunakan idea, teknik dan rancangan yang sesuai dengan kebolehan pelajar yang berbeza.

๐ŸŒธBerusaha dalam mengenal pasti masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

๐ŸŒธMembuat refleksi untuk membetulkan dan memperbaiki kelemahan diri serta berusaha untuk pemimpin yang cemerlang

 

No comments:

Post a Comment